Showing posts with label Ihsaniah dan Staf. Show all posts
Showing posts with label Ihsaniah dan Staf. Show all posts

Wednesday, January 21, 2009

Akhbar Sinar Harian


Petikan akhbar Sinar Harian Edisi Utara pada 5 Januari 2009.

Saturday, January 3, 2009

Pagi Persekolahan Pertama 2009



Hari pertama sesi persekolahan tahun 2009 dimulai dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmed Bashir, Pengarah Urusan Sekolah Agama Al-Ihsaniah. Agar diberikan kesejahteraan dunia dan akhirat sepanjang persekolahan tahun 2009 yang bakal ditempuhi...



Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanyalah untuk Allah Tuhan Seru Sekelian Alam... Solat Sunat Dhuha setelah selesai bacaan surah Yaasin...

Wednesday, December 31, 2008

Persiapan Persekolahan 2009

Kitab-kitab Arab dari Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Kedah

Buku Teks sumbangan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tahun 2009. Sehubungan dengan itu, mulai persekolahan tahun 2009 semua pelajar Ihsaniah akan mendapat bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Tuesday, December 30, 2008

Kempen Beras Sekampit

Seperti tahun2 sebelum ini, pihak sekolah akan meneruskan Kempen Beras Sekampit untuk setiap seorang pelajar yang belajar di sekolah ini. Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos makanan pelajar untuk tahun 2009 akan datang. Pihak waris/penjaga pelajar digalakkan untuk menyumbang sekampit beras (berat 10 kg) untuk setiap seorang anak yang belajar di sekolah ini (tiada paksaan untuk menyumbang).

Tuesday, December 23, 2008

Persekolahan 2009

Sesi persekolahan tahun 2009 akan bermula pada Ahad 4 Januari 2009.

Bayaran yuran dan pembelian buku akan diadakan pada 28, 30 dan 31 Disember 2008 mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Monday, October 20, 2008

Guru-guru & Kakitangan


Pengarah Urusan : Tuan Haji Ahmed Bashir bin Mohd Idrus
Guru Besar : Puan Inshiaton binti Bani
PK 1 (Kurikulum) : Encik Rizal bin Mat Razi
PK 2 (HEM) : Puan Mazlina binti Abdul Majid
PK 3 (Ko-Kurikulum) : Puan Nooraini binti Hashim
Panitia Arab : Cik Siti Mariam binti Said
Panitia Akademik : Cik Zainab binti Abu Bakar

Guru-Guru

Puan Zanariah binti Ahmad
Puan Rofitah binti Abdul Rahim
Puan Robiatul Adawiyah binti Shahrir
Puan Solehah bin Mohd Daud
Cik Busyro binti Othman
Cik Nor Fadzilah binti Zakaria
Cik Farida Hanum binti Zainal Abidin
Cik Zainab binti Zainol
Puan Jamaliah binti Abdul Hamid (Pembantu Tadbir)
Haji Md Isa bin Abdul Samad (Pekerja Am)

Lembaga Pengurus Sekolah...


Pemangku Pengerusi : Tuan Haji Talib bin Abd Rahman
Setiausaha : Tuan Haji Ahmed Bashir bin Mohd Idrus
Penolong Setiausaha : Encik Rizal bin Mat Razi
Bendahari : Encik Omar bin Jaafar
Ahli Jawatankuasa :

Ustaz Anuar bin Md Isa
Tuan Haji Saiedin bin Omar
Tuan Haji Ahmad Puad bin Omar
Tuan Haji Ahmad Sabri bin Zainol
Tuan Haji Mohd Phuzi bin Ramlee
Tuan Haji Alias bin Ismail
Encik Mazlan bin Ahmad
Encik Mat Yusuf bin Mat Ail
Puan Inshiaton binti Bani (Guru Besar)

YDP PIBG : Encik Rosly Amin bin Ahmad

Sekolah Agama Al-Ihsaniah




Sekolah Agama Al-Ihsaniah beralamat di Lot 701 Pekan Tikam Batu, 08600 Sungai Petani, Kedah Darul Aman adalah sebuah sekolah yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dengan no pendaftaran 3/60 3-08-1960.

Ditubuhkan secara rasmi pada 01 Januari 2001 di bawah naungan Masjid Al-Barakah Tikam Batu. Ia didirikan di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan dan tapak bekas binaan sebuah sekolah agama sekitar tahun 1960 an lalu. Kehadiran sekolah ini telah membuka lembaran baru kepada penduduk tempatan bagi mendidik anak-anak mereka secara Islam.

Terletak di Pekan Tikam Batu dengan jarak perjalanan lebih kurang 12 km dari bandar Sungai Petani dan 15 km dari Bertam, Pulau Pinang. Kedudukannya di pertengahan antara bandar Sungai Petani dan Bertam menjadikannya sebuah sekolah yang menerima pelajar dari kedua-dua buah negeri tersebut.

Sekolah ini diuruskan sepenuhnya oleh satu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Lembaga Pengurus Sekolah Agama Al-Ihsaniah yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Talib bin Abd Rahman (Pemangku).