Showing posts with label Pembangunan Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Pembangunan Sekolah. Show all posts

Saturday, November 8, 2008

Edaran Kalendar 2009 Sekolah Agama Al-Ihsaniah

Pelajar sedang menyusun kalendar untuk edaran kepada waris pelajar.

Projek kalendar 2009 untuk Tabung Pembangunan Sekolah Agama Al-Ihsaniah. Senaskah RM2.00 sahaja. Jika berminat untuk membantu pihak sekolah mengedarkan kalendar ini sila berhubung dengan pejabat sekolah atau berjumpa terus dengan Tuan Haji Ahmaed Bashir / Ustaz Rizal.

Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan demi untuk merealisasikan pembangunan Sekolah Agama Al-Ihsaniah, Insya Allah.

Monday, October 20, 2008

Projek Jualan Kalendar 2009



Projek Jualan Kalendar Tahun 2009 mengharapkan bantuan dan kerjasama dari ibu bapa dan waris pelajar serta orang ramai. projek ini adalah bertujuan mengumpulkan dana untuk Tabung Pembangunan Sekolah Agama Al-Ihsaniah.

Kepada tuan/puan yang berminat untuk mengedar dan menjual kalendar ini, sila berhubung dengan pejabat sekolah atau hubungi Tuan Haji Ahmed Bashir di talian 013-4326052 atau Ustaz Rizal Mat Razi 019-5744244.

Kerjasama anda amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Projek Pembangunan Masa Depan

Kerja-kerja meratakan tanah berlatar belakangkan bangunan sekolah sedia ada.

Tanah sedia untuk dibangunkan.(sudut pandangan dari perkarangan Sekolah Agama Al-Ihsaniah)


Tanah yang dibeli oleh pihak sekolah berhadapan dengan bangunan sekolah sedia ada untuk tujuan pembangunan bangunan baru bagi menampung pertambahan pelajar yang semakin meningkat dari tahun ke setahun.

Pihak sekolah masih mengharapkan bantuan dan sumbangan dari masyarakat bagi merealisasikan pembangunan bangunan baru sekolah ini.