
Petikan akhbar Sinar Harian Edisi Utara pada 5 Januari 2009.
Lot 701 Pekan Tikam Batu 08600 Sungai Petani, Kedah Darul Aman Tel / Fax : +604-4388990




Seperti tahun2 sebelum ini, pihak sekolah akan meneruskan Kempen Beras Sekampit untuk setiap seorang pelajar yang belajar di sekolah ini. Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos makanan pelajar untuk tahun 2009 akan datang. Pihak waris/penjaga pelajar digalakkan untuk menyumbang sekampit beras (berat 10 kg) untuk setiap seorang anak yang belajar di sekolah ini (tiada paksaan untuk menyumbang).
Pelajar sedang menyusun kalendar untuk edaran kepada waris pelajar.
Projek kalendar 2009 untuk Tabung Pembangunan Sekolah Agama Al-Ihsaniah. Senaskah RM2.00 sahaja. Jika berminat untuk membantu pihak sekolah mengedarkan kalendar ini sila berhubung dengan pejabat sekolah atau berjumpa terus dengan Tuan Haji Ahmaed Bashir / Ustaz Rizal.