Wednesday, December 31, 2008

Persiapan Persekolahan 2009

Kitab-kitab Arab dari Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Kedah

Buku Teks sumbangan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tahun 2009. Sehubungan dengan itu, mulai persekolahan tahun 2009 semua pelajar Ihsaniah akan mendapat bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Tuesday, December 30, 2008

Kempen Beras Sekampit

Seperti tahun2 sebelum ini, pihak sekolah akan meneruskan Kempen Beras Sekampit untuk setiap seorang pelajar yang belajar di sekolah ini. Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos makanan pelajar untuk tahun 2009 akan datang. Pihak waris/penjaga pelajar digalakkan untuk menyumbang sekampit beras (berat 10 kg) untuk setiap seorang anak yang belajar di sekolah ini (tiada paksaan untuk menyumbang).

Brousher Pembangunan Sekolah


Tuesday, December 23, 2008

Persekolahan 2009

Sesi persekolahan tahun 2009 akan bermula pada Ahad 4 Januari 2009.

Bayaran yuran dan pembelian buku akan diadakan pada 28, 30 dan 31 Disember 2008 mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.